Selamat Datang ke blog Mak Yong

Halo......... selamat datang dan terima kasih kerana sudi melawat ke blog kami. Di sini, kami ingin berkongsi pengetahuan yang telah kami dapatkan tentang mak yong kepada anda semua. Diharapkan melalui blog ini, anda dapat memperoleh banyak input tentang seni muzik tradisional negara kita dan anda akan lebih mengenali Mak Yong ini.

Video-video para pembentang

Thursday, September 30, 2010

Cerita Mak Yong Kelantan

Cerita-cerita Mak Yong diambil dari Menora atau dipinjamkan dari cerita-cerita Wayang Kulit dan daripada cerita bangsawan kerana ini merupakan rumpun genre teater tradisional. Bagi Makyong di Kelantan tajuk cerita adalah berkait dengan nama watak utama dalam cerita. Contohnya Dewa Muda, Anak Raja Gondang, Raja Bongsu Sakti, Raja Tangkai Hati dan lain-lain.

       Satu cerita dalam persembahan Mak Yong adalah hasil dari gabungan gerak tari, nyanyian, muzik dan teks. Tema yang mendasari cerita-cerita Mak Yong adalah merupakan mitos percintaan anak-anak raja dan dewa-dewa, kisah pengembaraan dan juga kehidupan di istana, misalnya cerita Raja Tangkai Hati . Sungguhpun di tengah-tengah masyarakat petani dan nelayan mengatakan cerita-cerita Mak Yong juga berkaitan dengan dua alam iaitu alam dunia dan alam ghaib (alam keyangan Dewa-Dewi). Cerita-cerita Mak Yong membawa penonton untuk meneroka kehidupan di bumi, di laut dan di kayangan. Orang Kelantan berpendapat bahawa semua cerita Mak Yong mempunyai hubungan yang erat dengan dewa-dewa, tentang pengembaraan dewa-dewa atau anak-anak raja serta seringkali menyelitkan peristiwa-peristiwa ghaib. Oleh kerana itu cerita-cerita ini dianggap sebagai cerita roman dan saga. Sebagaimana yang dijelaskan tadi bahawa kisah dalam persembahan Mak Yong adalah berkisar kepada kisah raja-raja.

Mak Yong yang lengkap, asli dan autentik dipersembahkan dalam permainan Mak Yong. Perkara ini dibuktikan melalui senarai cerita yang direkodkan oleh Mubin Sheppard yang mencatatkan bahawa cerita Makyung bermula dengan satu cerita  Dewa Muda lalu berkembang kepada cerita Anak Raja Gondang, Bongsu Sakti, Raja Tangkai Hati, Indera Dewa-dewa Indera, Puteri Timun Muda, Raja Muda Laleng, Raja Muda Lembek, Gading Bertimang dan Raja Dua Serupa. Sementara itu menurut kajian Mohamed Afandi Cerita Makyung terbahagi kepada 5 kumpulan cerita. 

Kumpulan pertama ialah cerita:
1. Anak Raja Gondang
2. Cerita Bongsu Sakti
3. Cerita Tuan Bijak Laksana.

Kumpulan kedua ialah cerita DewaTujuh
1. Bisnu Dewa
2. Cerita Dewa Indera
3. Andera Dewa
4. Cerita Dewa Sakti
5. Cerita Dewa Pechil
6. Cerita Dewa Samar Daru
7. Cerita Dewa Muda

Mohamad Afendi Kumpulan ketiga:
  •   cerita Raja Muda Laleng,
           Kumpulan keempat
  •      cerita Raja Muda Lembek
          kumpulan kelima
  •      cerita Raja Tangkai Hati.

Dari sini jelas memperlihatkan kesinambungan cerita-cerita tersebut antara satu sama lain. Mak Yong yang lengkap dan autentik ialah:

  • Dewa Muda
  • Dewa Pecil (dan Dewa Samadaru sebagai suatu versi lain)
  • Dewa Sakti (Raja Sakti)
  • Dewa Indera-Indera Dewa
  • Dewa Panah (Anak Raja Panah)
  • Anak Raja Gondang (mengandungi Bongsu Sakti dan Bijak Laksana)
  • Gading Bertimang
  • Raja Tangkai Hati
  • Raja Muda Lakleng
  • Raja Muda Lembek
  • Raja Besar dalam negeri Ho Gading
  • Bedara Muda
Cerita Mak Yong sebagai sebuah hasil sastera rakyat, cerita-cerita Mak Yong diperturunkan secara lisan. Dalam proses penyebarannya ia mengalami pindaan dan tokok tambah pada jalan cerita, teks dan juga tajuk. Sehingga kini masih belum dapat dikenal pasti berapa lamakah cerita-cerita Mak Yong yang dipersembahkan telah wujud. Kesukaran juga dihadapi dalam usaha menyenaraikan tajuk cerita-cerita Mak Yong kerana terdapat tajuk yang berlainan tetapi mempunyai isi cerita yang sama. Walaubagaimanapun cerita-cerita Mak Yong adalah sebenarnya berada dalam lingkungan atau rumpun yang sama. Persembahan Mak Yong biasanya berlanjutan tiga hingga lima malam. Ini menepati salah satu ciri sastera rakyat. Ia juga boleh dianggap sebagai penglipur lara. 

1 comment:

  1. boleh saya tahu makyong kelantan dimne tempatnya??
    dan boleh saya tahu siapa nama salah seorang pengajar makyong dikelantan?

    ReplyDelete