Selamat Datang ke blog Mak Yong

Halo......... selamat datang dan terima kasih kerana sudi melawat ke blog kami. Di sini, kami ingin berkongsi pengetahuan yang telah kami dapatkan tentang mak yong kepada anda semua. Diharapkan melalui blog ini, anda dapat memperoleh banyak input tentang seni muzik tradisional negara kita dan anda akan lebih mengenali Mak Yong ini.

Video-video para pembentang

Thursday, September 30, 2010

Jenis Mak Yong

Terdapat 7 jenis persembahan Mak Yong yang pernah wujud. Setiap jenis persembahan Makyong mempunyai sedikit perbezaan yang membezakan di antara satu dengan yang lain. Jenis-jenis Makyong tersebut ialah:-
§  Mak Yong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah wilayah di selatan Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani.
§  Mak Yong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan daerah Besut, Terengganu, Malaysia.
§  Mak Yong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.
§  Mak Yong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand).
§  Mak Yong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.
§  Mak Yong Medan - ditemui di Medan, wilayah Sumatera Utara, Indonesia.
§  Mak Yong Kalimantan - ditemui di Kalimantan, Indonesia.

Terdapat 3 jenis Mak Yong yang terkenal di Malaysia, iaitu:
§  Mak Yong Kelantan
§  Mak Yong Kedah
§  Mak Yong Laut

Perbezaan di antara Mak Yong Kelantan, Mak Yong Kedah, Mak Yong Laut.
      Mak Yong pada masa dahulu dipersembahkan pada masa yang tertentu umpamanya, sebagai tanda kesyukuran selepas musim menuai, memeriahkan keramaian perkahwinan atau pesta budaya yang diadakan untuk merayakan hari keputeraan sultan atau hari Kebangsaan.Tetapi sekarang ia tidak lagi dipersembahkan untuk pemujaan, hanya unsur-unsur persembahannya digunakan dalam upacara main puteri iaitu upacara mengubati pesakit dengan pertolongan semangat-semangat tertentu. Mak Yong kelantan ditemui di negeri Kelantan dan daerah Besut, Terengganu, Malaysia. Ianya menggambarkan sebilangan unsur-unsur istana dalam bahasa, muzik dan tarian.
        Muzik yang merupakan unsur integral dalam persembahan makyung disediakan oleh sebuah kumpulan mengandungi enam alat muzik seperti yang berikut:
(i) Sebuah rebab
(ii) Sebatang serunai
(iii) Sepasang gendang anak dan ibu
(iv) Sepasang tetawak (gong) anak dan ibu 
      Mak Yong mempunyai jumlah bilangan (repertoire) lagu yang besar iaitu lebih kurang 30 buah lagu yang masih digunakan.

     Mak Yong Kedah ditemui di negeri Kedah, Malaysia. Mak Yong Kedah telah pupus semenjah 20 tahun yang lalu. Semasa usianya, ia memperlihatkan perbezaan antara Mak Yong Kelantan yang bercirikan istana manakala Mak Yong Kedah bercirikan folk.
     Ensemble muzik makyung Kedah mengandungi alat-alat seperti yang berikut:
(i) Sebuah rebab
(ii) Sepasang gendang anak dan ibu
(iii) Sepasang tetawak (gong) anak dan ibu
(iv) Sebelas pasang cerik
     Berbanding dengan Makyung Kelantan, jumlah bilangan lagu Makyung Kedatr kecil hanya mengandungi Sembilan buah lagu iaitu lagu Buka Panggung atau lagu Buka Bangsal, Pikir, Sedayung Peran" Sedayung Lambat, Sedayung Laju, Saudara dan Cik Sapa. Di antaralagu-lagu ini,lagu Sedayung Laju, Cik Sapa, Sedayung Lambat, Blai-blai Berjalan, Tari Mabuk dan Pikir kerap dimainkan untuk memenuhi pelbagai keperluan.


      Mak Yong Laut ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand). Mak Yong adalah satu lagi bentuk seni persembahan tradisi utara Semenanjung Malaysia. Ketika ini, hanya kumpulan Seri Kenangan Sungai Baru, Perlis sahaja yang masih aktif. Makyung laut yang dipercayai berasal dari Setoi, negara Thai dibawa oleh Tuk Mat Buaya ke Kampung Buah Ibu dan disini dia menubuhkan kumpulan pertama yang mengandungi enam orang pemain, termasuk dirinya sebagai ketua.Persembahan ini merupakan sebuah sketsa komik yang menggabungkan unsure-unsurmuzik, tari dan dialog untuk menyampaikan cerita tentang kisah Cik Duit Cik Dollah Seperti bentuk persembahan tradisi yang lain, muzik menyediakan fungsi structural dan dramatik. Sebagai memenuhi fungsi dramatik, muzik digunakan sebagai pendedahan menyatakan kejadian serta pelbagai emosi melalui lirik lagu Fungsi strukturalnya diperlihatkan sebagai menandakan adegan selain mengiringi tarian dan nyanyian".
  Repertoire muzik makyung laut mengandungi 12 lagu yang digunakan dalam persembahan mengikut keperluan aksi dramatik. Lagu-lagunya ialah lagu Makyung Laut, Bangkit Sama, Siput Kabung, Canggung,Ting Roi, Sayang-sayang, Senandung, Sayang Bang-Oi, Ayam Didik, Cik Putih, Warna- warna dan Cinta Hati.
   Sebuah kumpulan muzik makyung laut mengandungi alat-alat seperti yang berikut:
  • Dua buah rebana sederhana, anak dan ibu yang baluhnya diperbuat daripada kayu nangka atau    kayu merbau dan mukanya ditutupi dengan kulit kambing.
  • Sebuah rebaira besar.
  • Sepasang gong anak dan ibu.
  • Sebuah violin yang menggantikan alat asal, rebab apabila makyung laut dibawa masuk ke Perlis.
  • Empat pasang cerik yang setiap satu satu kaki panjang dan tiga inci lebar





No comments:

Post a Comment