Dengan menggunakan rangka gongan iaitu gendang anak dan ibu, dimainkan corak irama tertentu bagi setiap lagu mak yong. Kedua-dua mengeluarkan empat timbre tertentu bergantung kepada teknik memukul kulitnya. Timbre itu disuarakan oleh pemain dengan sukukata yang disebutkan ‘cak’, ‘ting’, ‘duh’, dan ‘pak’.
Corak-corak irama atau rentak yang digunakan dalam muzik makyong terdiri daripada 4 atau 8 bit. Rentak-rentak ini juga terkadang motif irama 2 bit merupakan motif dan rentak yang standard. Motif dan rentak yang standard ini digabungkan dalam berbagai cara untuk menyampaikan rentak yang lengkap dalam lagu mak yong.
Corak irama tertentu yang dimainkan oleh kedua-dua pemain gendang menunjukkan bit-bit yang berterusan dalam gongan dan dalam seluruh tekstur polifonik muzik ini. Tempo bagi lagu-lagu mak yong agak perlahan dan corak irama yang dimainkan oleh pemain-pemain gendang menunjukkan ketepatan bit jatuh utama (main down beats). Kepadatan pukulan dan timbre-timbre gendang ini menambah pada hujung setiap rentak. Panjang rentak dalam lagu tertentu adalah bergantung kepada panjang gongan dalam lagu itu.
(a) Lagu Barat, gongan 8 bit
-8 bit
- 2 bahagian - motif irama a yang dinotasikan dengan not seperlapan pada bit
ketiga dan rehat pada bit akhir.
- motif irama b mengutamakan not seperempat sahaja dan mengakhiri
dengan rehat pada bit 8.
(b) Lagu Sedayung Pak yung, gongan 16-bit
- 16 bit
- Menggunakan 2 motif irama 4-bit yang berlainan (motif a dan motif b).
- Motif a dan b yang asas diulangi untuk melengkapkan jangka masa 16 bit gongan dengan sedikit variasi.
(c) Lagu Sedayung Mak yung, gongan 32 bit
- 32 bit
- Berasaskan 2 rentak utama yang berlainan dan terdiri daripada 8 bit masing-masing.
Melodi
Melodi lagu mak yong dipersembahkan oleh seorang penyanyi atau pemain alat muzik rebab. Penyanyi solo dan pemain rebab biasanya mengiringi penyanyi itu mempersembahkan melodi yang kompleks dan berhiasan dalam semua lagu. Kedua-dua bahagian muzikal ini ialah vokal dan rebab yang dimainkan pada masa yang sama dan menghasilkan tekstur heterofoni. Kedua-dua pemain memainkan melodi yang sama, pada masa yang sama dengan variasi tersendiri bergantung kepada kepandaian dan kebijaksanaan penyanyi dan pemain rebab. Persembahan melodi diiringi alat lut/alat muzik solo lain dalam gaya heterofonik. Gongan dalam lagu tertentu berfungsi sebagai penduan atau rangka untuk ciptaan melodi dan rentak tertentu.
No comments:
Post a Comment