Selamat Datang ke blog Mak Yong

Halo......... selamat datang dan terima kasih kerana sudi melawat ke blog kami. Di sini, kami ingin berkongsi pengetahuan yang telah kami dapatkan tentang mak yong kepada anda semua. Diharapkan melalui blog ini, anda dapat memperoleh banyak input tentang seni muzik tradisional negara kita dan anda akan lebih mengenali Mak Yong ini.

Video-video para pembentang

Thursday, September 30, 2010

Sejarah Mak Yong

Mak Yong dipercayai telah wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Oleh kerana ia diwarisi secara lisan di kalangan kampung, usia sebenar Mak Yong tidak dapat dikenal pasti. Namun, ia dipercayai telah wujud lebih daripada 800 tahun. Menurut Hikayat Patani, Mak Yong telah dibawa ke Kelantan lebih dari 200 tahun dahulu. Dari situ, ia berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain.

          Mak Yong telah dipentaskan sebagai pementasan diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehingga 1920-an. Dahulu semasa di Patani, Mak Yong biasanya dipersembahkan di istana sehingga 1920 di mana ia sering dipertontonkan dikalangan orang biasa. Namun, pada awal abad ke-20, tarian Mak Yong mula berkembang ke merata-rata kempung tanpa naungan istana. Ini adalah kerana kedatangan British ke Kelantan telah mengurangkan kedudukan ekonomi raja-raja. Ini telah menyebabkan kemerosotan mutu persembahan Mak Yong.

          Terdapat beberapa sejarah yang berlainan tentang asal usul Mak Yong dan bagaimana wujudnya Mak Yong. Berikut merupakan beberapa cerita yang berlainan tentang Mak Yong:

Sejarah 1

          Lagenda biasanya mengaitkan tarian Mak Yong ini dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang. Pada ketika itu, ia ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk menghormati semangat padi, berterima kasih bagi tuaian dan merawat penyakit. Pada zaman dulu, tarian ini dipersembahkan sebaik sahaja selepas orang-orang kampung selesai menuai padi di bendang. Inilah salah satu asal usul datangnya Mak Yong.

Sejarah 2

          Ada juga yang mengatakan bahawa Mak Yong berasal dari kisah 2 orang adik beradik yang kerjanya menjaga lembu di padang. Pada masa menjaga lembunya, mereka terpesona dengan tiupan angin lembut ke atas pokok-pokok kayu di sekitar padang itu. Gerak-geri dahan, liuk-lintuk ranting, lambayang ranting dan lambayang daun serta gaya daun luruh berguguran ke bumi amat mengagumkan mereka dan inilah yang mewujudkan Mak Yong.

Sejarah 3

          Menurut Kak Asma dari ASWARA, Mak Yong berasal dari tiga beranak. Pada suatu hari, tiga beranak ini jatuh sakit. Mereka mempunyai seorang ibu yang amat sayang dengan mereka. Oleh itu, ibu mereka telah mencari pelbagai ikhtiar untuk menyelamatkan anak mereka supaya sembuh daripada penyakit mereka. Namun, sebanyak-banyak alternatif yang dicarinya, tidak ada satu pun alternatif yang boleh menyembuhkan penyakit anak-anaknya. Oleh itu, pada suatu hari, tiba-tiba terlintas di hatinya dan terlucut di mulutnya mengatakan bahawa "kalau anak aku sembuh seperti biasa, aku nak main Mak Yong". Bagaimanakah dia boleh tercakap ayt ini sedangkan pada masa itu, dia tidak tahu apa-apa pun mengenai Mak Yong dan Mak Yong tidak wujud pun di dunia ini pada ketika itu? Inilah perkara ajaib. Tidak lama selepas dia terlepas ayat tersebut, anak-anaknya pun telah sembuh daripada penyakit ganjil mereka itu. Pada ketika ini, oleh sebab ibu tersebut telah terlepas cakap, dia terpaksa laksanakan dan wujudkan juga Mak Yong tersebut. Dengan itu, dia pun mewujudkan dan mencipta lagu-lagu dan seni kata Mak Yung melalui pandangan alam sekeliling yang semula jadi. Sebenarnya perkataan Mak bermaksud "ibu" dan "Yong" berasal dari perkataan "ayong" yang bermaksud buai dalam bahasa Kelantan.

Kejatuhan Mak Yong

          Zaman kejatuhan Mak Yong bermula apabila nilai moral penari-penari mula merosot. Terdapat banyak kisah sumbang di antara penari-penari Mak Yong dengan penonton. Selain tiu, penceraian di kalangan suami isteri dan anak-anak Mak Yong merupakan suatu perkara biasa. Oleh itu, pandangan masyarakat terhadap penari-penari mak yong mula merosot dan mereka mula hilang kepercayaan terhadap moral mereka. Selain itu, kemasukan pengaruh budaya-budaya Barat yang meluas menggelapkan lagi permainan Mak Yong. Ini kerana masyarakat menjadi lebih berminat dengan permainan-permainan Barat tersebut.

Kehidupan Semula Mak Yong

          Setelah zaman kejatuhan Mak Yong, Mak Yong telah berjaya dihidupkan semula oleh Kumpulan Seri Temenggung di Kota Bharu di bawah pimpinan Cik Khatijah Awang. Kumpulan ini telah memulakan satu fasa baru dalam sejarah Mak Yong. Penubuhan kumpulan-kumpulan teater kampung Temenggung menyebabkan Mak Yong  mula menarik perhatian orang ramai di kampung-kampung di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

2 comments:

  1. ngape mcm x abis je cite makyung ni. leh cerita kan lagi tak tentang dia dan tentang Main Puteri. saya suka baca sejarah nih. saya Nak lebih Tahu tentang sejarah Mak Yong dan Main puteri. saya xnk tahu tentang ia perubatan atau cara melakukan nya

    ReplyDelete
  2. TOLONG NAK TEKNIK/FUNGSI

    ReplyDelete