Selamat Datang ke blog Mak Yong

Halo......... selamat datang dan terima kasih kerana sudi melawat ke blog kami. Di sini, kami ingin berkongsi pengetahuan yang telah kami dapatkan tentang mak yong kepada anda semua. Diharapkan melalui blog ini, anda dapat memperoleh banyak input tentang seni muzik tradisional negara kita dan anda akan lebih mengenali Mak Yong ini.

Video-video para pembentang

Thursday, September 30, 2010

Pengenalan

Mak Yong merupakan satu tarian melayu tradisional yang dikategorikan dalam kumpulan drama tari/seni lakon. Persembahan Mak Yong menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Tarian Mak Yong biasanya dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau-Indonesia.
         
          Terdapat beberapa tujuan Mak Yong dipersembahkan. Salah satu tujuannya adalah untuk hiburan. Pada zaman kini, Mak Yong biasanya dipersembahkan untuk tujuan persembahan dan hiburan kepada penonton sahaja. Selain itu, di sesetengah kawasan, Mak Yong juga dijadikan sebagai satu teknik perubatan tradisional (musictherapy). Mak Yong selalu dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun. Mak Yong juga dipersembahkan dalam upacara senbah guru di mana guru mak yong akan menyerahkan kuasanya kepada anak muridnya untuk mewarisi pangkatnya sebagai guru Mak Yong. selepas upacara sembah guru dilakukan, semua kerja mengajar Mak Yong akan diwarisi oleh anak murid tersebut dan guru tersebut tidak boleh lagi bergiat atau melibatkan diri dalam bidang Mak Yong. 
         
          Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan di panggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak.
         
          Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak.

No comments:

Post a Comment