Selamat Datang ke blog Mak Yong

Halo......... selamat datang dan terima kasih kerana sudi melawat ke blog kami. Di sini, kami ingin berkongsi pengetahuan yang telah kami dapatkan tentang mak yong kepada anda semua. Diharapkan melalui blog ini, anda dapat memperoleh banyak input tentang seni muzik tradisional negara kita dan anda akan lebih mengenali Mak Yong ini.

Video-video para pembentang

Thursday, September 30, 2010

Sinopsis Cerita Raja Tangkai Hati

Cerita ini mengisahkan Raja Tangkai Hati mengembara dengan menaiki Jung Sulok Kapal Ulano bersama permaisurinya Puteri Cempaka Emas, dua orang puteranya iaitu Malim Bisnu dan Malim Bongsu serta dua orang peran iaitu pengasuh. Bahtera yang dinaiki oleh baginda telah tersadai di Teluk Mati Anak Kelat Mati Angin akibat disihir oleh Puteri Bota yang murka kerana Raja Tangkai Hati telah memungkir janji untuk berkahwin dengannya. Puteri Bota telah menculik Puteri Cempaka Emas dan dipakukan di bawah Pohon Cengkering. Tubuh Puteri Cempaka Emas juga telah disihir menjadikan separuh manusia separuh Mawas. Puteri Bota kemudiannya telah menukar dirinya menyerupai Puteri Cempaka Emas dan menyamar sebagai permaisuri.

Kehilangan Puteri Cempaka Emas dan kehadiran Puteri Bota dapat dikesan oleh Putera Malim Bisnu dan Putera Malim Bongsu. Kedua-dua putera ini enggan mengaku Puteri Bota sebagai bonda mereka. Raja Tangkai Hati yang telah dipukau oleh Puteri Bota merasa amat murka atas tindakan kedua-dua anakandanya. Beliau telah memukul dan mencampakkan kedua-dua anaknya ke dalam laut. Namun begitu kedua-dua putera raja telah diselamatkan oleh Dewa Betara Guru. Mereka telah ditemukan dengan bonda mereka yang sebenar. Mereka juga diberitahu supaya membunuh Puteri Bota dan menyiramkan darahnya ke tubuh bonda mereka. Hanya dengan cara ini sahaja membolehkan bonda mereka pulih seperti sediakala. Dengan pertolongan Mak Ikan Jerung, kedua-dua putera raja kembali semula ke bahtera ayahandanya. Malim Bisnu telah berjaya membunuh Puteri Bota. Setelah Puteri Cempaka Emas kembali pulih seperti sediakala, baginda bersama permaisuri, kedua-dua puteranya dan peran berlayar kembali ke negeri ayahandanya lalu dilantik menjadi raja yang memerintah negeri tersebut.

1 comment:

  1. nama saya hidayah mewakili syarikat produksi saya,oak3films dari singapura.kami sedang membuat untuk rancangan tv di suria,8.30malam setiap hari isnin yang bertajuk jalan V.

    Jalan V adalah satu dokumentari di mana kami menjejaki identiti melayu.

    Semasa membuat editing untuk projek kami,kami dapat bahawa kami memerlukan gambar mak yong.dan kami terjumpa lelaman anda semasa mencarinya di google.dan kami ingin menanyakan jika anda sudi untuk memberikan kami kebenaran untuk emnggunakan gambar mak yong ini.

    kami semestinya akan creditkan anda untuk penghargaan arkib.untuk maklumat lanjut sila emel saya di nur@oak3films.com .saya berharap saya dapat balasan anda secepat mungkin.

    wasalam
    hidaya

    ReplyDelete