Selamat Datang ke blog Mak Yong

Halo......... selamat datang dan terima kasih kerana sudi melawat ke blog kami. Di sini, kami ingin berkongsi pengetahuan yang telah kami dapatkan tentang mak yong kepada anda semua. Diharapkan melalui blog ini, anda dapat memperoleh banyak input tentang seni muzik tradisional negara kita dan anda akan lebih mengenali Mak Yong ini.

Video-video para pembentang

Thursday, September 30, 2010

Estetika Watak

         Pada suatu masa dulu Mak Yong  dimainkan oleh pelakon-pelakon wanita. Gadis-gadis jelita akan melakonkan peranan lelaki dan perempuan kecuali watak-watak komedi atau peran. Adalah dipercayai bahawa keadaan ini terjadi kerana Mak Yong merupakan hiburan bagi permaisuri dan puteri-puteri raja ketika Raja dan pembesar negeri meninggalkan istana bagi  berperang  atau berburu. Kebimbangan akan kemungkinan bahawa permaisuri atau puteri-puteri raja jatuh cinta kepada pelakon Mak Yong menyebabkan pelakon Mak Yong terdiri dari kaum wanita. Kisah yang dipaparkan oleh Mak Yong ini, berkait dengan kehidupan raja-raja oleh telah menonjolkan nilai estetika yang tinggi pada persembahan Mak Yong. Namun begitu bagi menjadikan persembahan lebih menarik maka pada masa kini terdapat pelakon lelaki terlibat dalam persembahan Mak Yo ng. Bilangan pelakon juga berubah dari 8 - 10 orang kepada 20 - 25 orang untuk 1 persembahan. Perubahan ini bertujuan supaya persembahan hiburan ini menjadi lebih sofistikated  kepada cerita yang dipersembahkan.

Watak-watak yang terdapat dalam persembahan Raja Tangkai Hati:
i.          Pak Yong Muda (Raja Tangkai Hati)     - watak utama lelaki.
ii.         Puteri Cempaka Emas                          - watak utama wanita.
iii.        Anakanda Raja Tangkai Hati                 - Malim Bongsu dan Malim Bisnu.
iv.        Peran Raja Tangkai Hati                       - 2 orang pelayan lelaki
v.         Ayahanda Alur Mengkuang
vi.        Puteri Bota  dan Jin                             - watak Jahat perempuan
vii.       Ayahanda Raja Tangkai Hati
viii.      Peran Ayahanda Raja Tangkai Hati      - 2 orang pelayan lelaki.
ix.        Wak Nakhoda
x.         Dewa Betara Guru                             - Dewa.
xi.        Nenek Mak Ikan Jerung                     - Binatang
xii.       Inang                                                - Pelayan wanita

Pak Yong
  • Pak Yung  Tua- Menjadi raja atau pemerintah dan menjadi tulang belakang cerita makyong
  • Pak Yung Muda - Walak utama atau hero dalam cerita makyong. Watak inilah yang mengalami berbagai-bagai peristiwa dari saat ia dilahirkan hingga dewasa semasa cerita berkisar di sekitar kehidupan Pak Yung Muda.
Dalam cerita Raja Tangkai Hati, Pak Yong Muda pewaris takhta. Ia mempunyai  kebolehan untuk memanggil angin supaya kapal baginda yang terhenti dapat dilayarkan semula bagi meneruskan perjalanan ke istana ayahandanya.


Mak Yong
  • Makyong -merupakan peranan utama wanita dalam persembahan Makyong.


Dalam cerita Raja Tangkai Hati, watak Makyong adalah watak Puteri Cempaka Emas iaitu isteri Raja Tangkai Hati.

 Peran
Watak peran dalam persembahan merupakan watak lucu dan berperanan sebagai pelayan, pengawal dan pelindung raja biasanya watak peran bernama Awang. Kesemua peran disolek dengan solekan yang melucukan bagi menambahkan kesan humor.
  • Peran Tua  -    berperanan sebagai penasihat, perunding dan pembantu peribadi kepada raja dalam segala aspek kehidupan meliputi kasih-sayang, kekeluargaan, politik dan pentadbiran negara.
  • Peran muda -  lebih cenderung kepada watak humor.
Dalam cerita Raja Tangkai Hati menampilkan empat watak peran iaitu dua orang peran Raja Tangkai Hati dan dua orang peran ayahanda Raja Tangkai Hati.

Dayang atau Inang
  • Dayang atau inang- dilakonkan oleh gadis-gadis berfungsi sebagai penari dan pengiring Mak Yong dan Puteri Mak Yong. Inang juga berfungsi sebagai ahli korus (Jung Dondang) apabila mereka tidak melakonkan watak tertentu dalam sesetengah babak.
Tok WaK
  • Tok Wak - merupakan watak orang tua.
Dalam cerita Raja Tangkai Hati, Tok Wak merupakan Dewa Betara Guru yang menyamar sebagai      pawang.

 Dewa
  • Dewa- berperanan mengembalikan keharmonian  dalam cerita.
Watak Dewa Betara Guru dalam cerita Raja Tangkai Hati telah membantu kedua orang putera yang dicampakkan ke laut oleh ayahandanya kerana gagal membuat pertimbangan yang waras akibat dari godaan dan pengaruh Puteri Bota yang menjelma sebagai Puteri Cempaka Emas.

  Jin
  • Jin atau gergasi- merupakan watak jahat sebagai punca konflik dalam cerita-cerita Mak Yong.
Watak Puteri Bota dalam cerita Raja Tangkai Hati merupakan watak jin yang jahat. Dia membalas dendam di atas tindakan Raja Tangkai Hati yang telah memungkiri janji untuk berkahwin dengannya. Dendam yag membara menyebabkan Puteri Bota sanggup berbuat apa sahaja dan akan merasa berpuas hati walaupun hanya semalam sahaja dapat bersama dengan Raja Tangkai Hati. Puteri Bota bertindak menawan Puteri Cempaka Emas dan menyumpah puteri tersebut menjadi separuh manusia separuh mawas. Dia kemudiannya berubah wajah menyerupai Puteri  Cempaka Emas dan menyusup masuk ke bahtera Raja Tangkai Hati. Puteri Bota berjaya meyakinkan raja lalu mempengaruhi baginda supaya membunuh anak-anak baginda. Segala perbuatan puteri Bota adalah dengan menggunakan kuasa ghaib luar biasa yang ada padanya.

Watak Binang
  • Binatang- menjadi penyelamat di saat watak-watak lain mengalami kesusahan.
Watak binatang dalam Raja Tangkai Hati sangat indah menjadi penyelamat di saat watak  lain mengalami kesusahan. Watak Mak Ikan Jerung dalam cerita Raja Tangkai Hati menjadi penyelamat kepada kedua putera daripada mati lemas.

No comments:

Post a Comment