Selamat Datang ke blog Mak Yong

Halo......... selamat datang dan terima kasih kerana sudi melawat ke blog kami. Di sini, kami ingin berkongsi pengetahuan yang telah kami dapatkan tentang mak yong kepada anda semua. Diharapkan melalui blog ini, anda dapat memperoleh banyak input tentang seni muzik tradisional negara kita dan anda akan lebih mengenali Mak Yong ini.

Video-video para pembentang

Thursday, September 30, 2010

Repertoire



1.
Lagu Menghadap Rebab


  ~terpanjang & terpenting, simbol  
    penghormatan kepada rebab.
2. Lagu Kijang Mas
  ~dimainkan sebagai lagu instrumental sebelum bermula persembahan Mak yong.
3. Lagu Sindung
   ~dinyanyi oleh Pak Yung semasa hendak memberi arahan dan mendedahkan emosinya, juga dinyanyi oleh peran tua dan dimain sebagai lagu selingan sebelum persembahan.
4. Lagu Sedayung
  ~lagu yang menyampaikan maklumat @   
     arahan kepada peran @ watak lain.
5. Lagu Mengambul
  ~dinyanyi oleh watak utama dalam adegan
    sedih untuk menyampaikan berita sedih.
6. Lagu Saudara
  ~dinyanyi berselang-seli dengan lagu Kijang
     Mas oleh seorang inang.
7. Lagu Pak Yong Muda
 ~dinyanyi oleh Pak Yong menyampaikan berita negeri semasa adegan sedih.
8. Lagu Mak Yong Muda
  ~dinyanyi oleh Mak Yong pada pertengahan   cerita dalam adegan sedih
9. Lagu Tuk Wok
  ~dinyanyi oleh peran tua semasa    
    menyampaikan berita @ meluah perasaan.
10. Lagu Barat
   ~ terdapat 4 versi iaitu Barat Anjur, Kisah
      Barat, Barat Cepat dan Gunung Barat.
11. Lagu Pikir
     ~dinyanyi oleh watak untuk meluahkan perasaan dan mengiringi tarian.
12. Lagu Yur
     ~dinyanyi oleh peran @ Pak Yong untuk    
        menyampaikan berita.
13. Lagu Balik Padi
     ~dinyanyi ketika gembira semasa dalam
       perjalanan.
14. Lagu Berkhabar
      ~dinyanyi Pak Yong @ peran untuk
        menyampaikan berita.
15. Lagu Gading Timah
     ~dinyanyi Pak Yong dalam cerita Tuan Puteri   
       Bergading Timah.
16. Lagu Kojol
   ~dinyanyi oleh peran untuk mengambarkan aksi
     fizikal seperti mendayung sampan.
17. Lagu Buluh Seruas
    ~menggambarkan suasana.
18. Lagu Jamba (Gembal)
    ~menggambarkan suasana.
19. Lagu Yo Peran
   ~dinyanyi Pak Yong untuk memanggil peran tua pada  
      permulaan cerita, peran juga menyanyi lagu ini.
20. Lagu Anak Kumbang
    ~dinyanyi semasa gembira oleh Pak Yong, Mak    
       Yong, Puteri dan Putera.
21. Lagu Sri Gunung
    ~dinyanyi Peran @ Pak Yong untuk
       menyampaikan berita.
    ~juga dinyanyi semasa selingan sebelum
       persembahan cerita.
22. Lagu Mengulik
    ~lagu timang-timagan untuk kanak-kanak &
      dewasa.
23. Lagu Dayung Sampan
    ~dinyanyi semasa melakukan aksi mendayung
      sampan.
24. Lagu Mak Puyuh
    ~dinyanyi oleh Peran semasa bergurau.
25. Lagu Tari Inai
   ~mengiringi tarian inai.
26. Lagu Kisah Puteri Mak Yong
    ~dinyanyi oleh Puteri @ Mak Yong untuk
      meluahkan perasaan.
27. Lagu Menghadap Raja
    ~dinyanyi peran dalam perjalanan menghadap   
      raja.
28. Lagu Sabar
    ~dinyanyi semasa melakukan aksi seperti membaca surat untuk mendedahkan maklumat.
29. Lagu Berlari Hambat Rusa (Lagu Berjalan)
    ~mengiringi dalam perjalanan @ semasa memburu.







No comments:

Post a Comment